Hantavirus Jangan Guna Penyapu Kalau Nampak Najis Tikus!
14 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mei 2026, seorang peserta telah menonton video di saluran YouTube Studio Sihat berkenaan Hantavirus. Perkongsian ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai risiko jangkitan Hantavirus serta langkah pembersihan yang betul apabila berhadapan dengan najis tikus di rumah.
Dalam sesi tersebut, peserta telah didedahkan kepada beberapa perkara penting seperti bahaya menyapu atau menggunakan vakum pada najis tikus kering kerana virus boleh berterbangan di udara dan disedut masuk ke paru-paru. Selain itu, peserta turut mempelajari kesan jangkitan Hantavirus terhadap sistem pernafasan serta langkah keselamatan yang betul seperti memakai pelitup muka dan sarung tangan, menggunakan peluntur (bleach), dan membersihkan kawasan tercemar menggunakan tisu tebal bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: